Sebagai seorang Hindu, saya sentiasa cuba sedaya upaya memastikan makanan yang disediakan di rumah saya untuk rakan-rakan muslim adalah halal (ya, termasuk peralatan masakan & penyediaan makanan tidak tercemar). Dalam agama saya, adalah berdosa untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang muslim, sama seperti menghidangkan daging kepada golongan bukan pemakan daging haiwan.
Jadi bagi saya, bila fatwa menyatakan bahawa rokok dan vape adalah haram, saya melihat perkara itu sama seperti pengharaman pada dadah, alkohol, daging babi, makanan kotor, daging yang tidak disembelih dan bintang dua alam.
Apabila muslim merokok atau minum alkohol atau makan babi, saya masih boleh hormat anda sebagai individu yang mempunyai haknya sendiri tetapi saya tidak dapat menghormati anda sebagai seorang muslim.
Setahun yang lalu, saya cuba untuk tapau mee halal untuk rakan muslim di Sungai Long. Saya bertanya pada penjaja terbabit sama ada mee itu tidak mengandungi daging babi, tidak mengandung alkohol dan daging ayam yang digunakan dibeli dari pembekal muslim.
"Haiya, itu rokok haram dia minum, babi haram sama mah. Apa you susah, Melayu takde kisah punya," kata penjaja Cina tersebut.
Sekarang dengan isu vape, ingatlah bahawa sebagai seorang muslim, anda memberikan contoh kepada yang lain. Golongan bukan muslim yang membaca artikel yang mengatakan vape adalah haram tidak akan menghormati anda bilamana anda menghisap vape.
Jika anda mahu golongan bukan Islam memastikan makanan yang disediakan kepada anda adalah halal sepenuhnya, tunjukkan kepada bahawa anda benar-benar mementingkan dan menghormati kehalalan pada makanan anda terlebih dahulu. #justmytwocents
A friend of mine posted this on facebook. Yup, she's a Hindu. - Shafiq Kauzi
Diterjemah untuk siaran di THEHYPEMEDIA