Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5



Assalamualaikum semua. Izinkan saya memberi pandangan untuk menjelaskan apa yang berlaku. Memang kita semua bersimpati dengan abang Zulkifli ini tetapi proses undang-undang itu harus dilalui dahulu oleh abang Zulkifli sebelum keadilan ditegakkan.

Mempertahankan diri dan maruah keluarga sememangnya adalah satu pembelaan bermerit yang dibenarkan di dalam Kanun Keseksaan walaupun ketika mempertahankan diri itu kita menyebabkan kematian orang lain.

Tetapi fakta ini tidak boleh diselesaikan di Facebook. Abang Zulkifli perlu juga menjalani proses tahanan reman, pendakwaan dan perbicaraan sehinggalah Hakim yang membicarakan kes itu kelak memutuskan yang beliau tidak bersalah kerana mempertahankan diri dan keluarga dari rompakan. 

Tempoh masa perbicaraan pula boleh selesai dalam tempoh satu tahun. Disebabkan kes yang dituduh terhadap abang Zulkifli ini adalah kes bunuh, maka peguam yang akan mewakili abang Zulkifli nanti adalah peguam lantikan mahkamah. Ini bermaksud tidak perlu kita nak mengumpul duit untuk mencari peguam untuk membela kerana kerajaan kita memang ada menyediakan peguam percuma jika tertuduh menghadapi kes yang melibatkan hukuman gantung.

Okay, selesai bab abang Zulkifli. Jadi, apa yang akan terjadi pada keluarga beliau sementara beliau melalui proses mahkamah ini?

Maka inilah tanggungjawab warganegara yang prihatin untuk membantu meringankan bebanan keluarganya. Nak kutip derma, kutiplah untuk membantu keluarga abang Zulkifli ini. Tetapi tidak perlulah nak mengkritik sistem kehakiman negara ke apa sebab apa yang dilalui oleh abang Zulkifli ini adalah prosedur biasa.

Memang dia tak salah tetapi sebab membunuh itu tetap satu jenayah maka dia tetap perlu menghadapi Hakim dan melalui proses perbicaraan.

Cuma sebab beliau mempertahankan diri dan keluarga, maka mudahlah peguam yang akan mewakili beliau kelak menimbulkan keraguan yang munasabah atas kes pendakwaan dan seterusnya membebaskan abang Zulkifli. Itu saja yang saya nak cakap sekarang. - Mohd Khairul Bin Abdul Aziz @ Buzze Azam (Peguam). / THEHYPEMEDIA

About Kerja Kosong

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top