Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

'Kenapa Lelaki Boleh, Kami Tak Boleh Pula?' - Gadis Vape


SHAH ALAM - Wanita yang mempunyai minat terhadap vape dan memuat naik gambar mereka sedang vaping di media sosial seringkali dikecam oleh netizen yang menganggap perbuatan itu tidak molek. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan wanita beragama Islam.

Memetik temubual wartawan The Malaysian Insider dengan beberapa pengguna Vape di Festival Vape Shah Alam di Shah Alam Convention Centre (SACC) semalam, menegaskan menghisap vape bukanlah sesuatu yang salah.

"Perempuan dengan lelaki sama saja. Kalau untuk perempuan tak elok kenapa lelaki elok pula? Kami bukan buat jenayah," kata Natasha Elina, 23, yang kesal tanggapan masyarakat yang tidak adil terhadap mereka.

"Saya dulu hisap shisha dan kini beralih ke vape. Tetapi kalau di tempat yang ada ramai orang tua, kalau boleh janganlah hisap," katanya yang bekerja sebagai pembantu peribadi.

Bagi Farah Hana Syazwani, 21, pula berpendapat, tiada salahnya jika perempuan minat dan menghisap rokok elektronik itu.

"Itu terpulang pada individu. Kalau perempuan bertudung hisap rokok, lagilah nampak teruk. Baik hisap vape," katanya sambil tersenyum. 

Dua gadis yang temui pula mengaku apabila mereka beralih ke rokok elektronik, ia banyak membantu mereka untuk berhenti dari merokok.

"Saya nak berhenti merokok dan saya suka dengan banyak perisa vape. Sehingga sekarang saya hanya hisap vape, tiada lagi melayan rokok tembakau. Lagipun kesan hisap rokok lebih teruk dari vape. Jadi apa masalahnya kan," ujar Tasha, 20, jurujual sambilan di festival tersebut.

"saya tak ketagih vape pun. Saya dah lama menghisap rokok, jadi sekarang baru nak belajar hisap vape. Kalau ada vape, saya kurang hisap rokok," kata Umi Kalsom, 21, pelajar kolej swasta.

Rata-rata wanita yang menghisap vape menyatakan rokok elektronik itu memberikan kepuasan kepada mereka dengan pelbagai perisa selain dari bau yang harum. Dari segi kos pula, mereka berpendapat ia lebih menjimatkan kerana ada model vape yang mampu milik dan kos penyelenggaraannya rendah. - THEHYPEMEDIA


KKM Sahkan Ubat Sirap Paracetamol Mengandungi Alkohol


PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) malam tadi mengesahkan ubat demam (sirap) kanak-kanak 120 miligram/5 mililiter mengandungi alkohol dan ditarik balik.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Datuk Esah A Rahman berkata, kementerian sudah menetapkan spesifikasi bahawa produk itu tidak mengandungi alkohol dan ketika tawaran dibuat mendapati kandungan alkohol tidak dinyatakan pada label dan sisip bungkusan produk menyebabkan tawaran diberikan kepada syarikat Royce Pharma Sdn Bhd membekalkan produk itu, memetik laporan dari Harian Metro.

Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati produk paracetamol itu mengandungi alkohol tetapi tidak dinyatakan pada label dan sisip bungkusan.

"Kementerian sudah mengarahkan syarikat berkenaan memanggil balik semua produk berkenaan di pasaran dan fasiliti yang terbabit. 

"Bagaimanapun, produk itu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) serta mematuhi keperluan kualiti, keselamatan dan keberkesanan. Kandungan alkohol pada produk berkenaan berada pada had yang dibenarkan dan tiada isu keselamatan dilaporkan," katanya. 

Sementara itu para ibu bapa yang beragama Islam menyuarakan kebimbangan dan rasa kecewa mereka di media sosial. Mereka mendakwa kenyataan media yang dikeluarkan oleh KKM itu mengelirukan dan sukar difahami sehingga ada yang menunding jari pada KKM. 

"Alkohol, hukum dia apa? Badigol punya statement. Dahlah bagi budak-budak minum, patutlah anak demam tak kebah-kebah mantoi kepala mabok. Haramkan saja ubat lakhanat ini. Kita mati-matilah ingat makan ubat sirap, anak boleh baik. Ini bukan bagi baik, ini nak bagi makin sakit. Jakim mohon siasat! KKM ini sudah jauh tersesat," kata Ah Long. 

Bagaimanapun, tampil beberapa individu menjelaskan kenyataan media yang menggunakan ayat bombastic sehingga menyukarkan orang ramai memahaminya.

"Pihak KKM sudah menetapkan bahawa dalam sirap paracetamol Renol itu tidak patut mengandungi alkohol. Tetapi selepas mendapat tender, syarikat itu sendiri yang buat penambahan alkohol yang berfungsi sebagai pengawet. Alkohol boleh digunakan dalam ubat-ubatan tetapi pada peratusan yang sangat sedikit. 

"Kita tidak patut menyalahkan klinik atau hospital yang memberikan ubat sirap ini. This is probelm of manufacturer, bukan macam medication error. But for parents, memang kena berhati-hati bila bagi ubat pada anak. Kami di bahagian perkhidmatan klinik juga mahu memberikan yang terbaik untuk anda. Tidak semua orang buat kerja cincai," kata Cik Awin. 

"Sebenarnya dalam ilmu perubatan memang ada alkohol digunakan. Contohnya untuk mencuci luka, malah dalam kandungan minyak wangi yang kita guna seharian juga mengandungi alkohol. Selain daripada itu juga, dadah pun ada digunakan dalam perubatan tetapi dalam dos yang dibenarkan. Cuma kita yang tidak sedar dengan itu semua.

"Dalam Islam dibenarkan jika tiada cara lain untuk menyembuhkan penyakit itu melainkan ubat yang mengandungi alkohol dan benda-benda haram yang lain. Tetapi, jika terdapat cara lain yang lbih yakin status halalnya adalah lebih baik gunakan cara itu," kata netizen. - THEHYPEMEDIA


'Sia-Sia Aku Berkorban 25 Tahun Untuk Dapatkan Kasih Sayang Dari Ayah'


DARI KIRIMAN PEMBACA:

Aku rasa sia-sia sangat. Selama 25 tahun aku cuba ambil hati ayah. Selama 25 tahun itulah aku cuba membuktikan yang aku sayang pada ayah.

Selama 25 tahun ayah.. 

Ayah maki aku, pukul aku, seksa jiwa raga aku. Ya, mungkin aku silap yang mana aku buat perangai memberontak hanya semata-mata mahukan perhatian dari ayah. Sehinggakan aku pernah cuba nak membunuh diri.

Umur 11 tahun! Umur 11 tahun aku ikat tali di lampu dan panjat serta gantung diri sebab aku tak tahan dihina oleh ayah.

Aku terseksa setiap kali aku cuba bercakap dengan ayah, dibalas pula dengan pandangan hina pada aku. 

Tapi, Allah masih sayangkan aku. Allah panjangkan umur aku, tali itu terputus. Sejak dari peristiwa itu, aku kerap keluar masuk bilik kaunseling. 

Apabila tibanya Hari Bapa, aku selalu bagi hadiah. Tetapi hadiah yang aku diberikan, semua ayah buang. Aku hanya mampu melihat sahaja. 

Bila aku sudah dewasa, ayah benci melihat muka aku. Aku nekad, aku mahu keluar kerana aku tahu ayah benci pada aku. Sampailah masa ibu memanggil aku pulang dan tinggal bersama dengannya. 

Aku pulang ke rumah ibu, aku tahu ayah tak suka. Tapi aku tak faham kenapa ayah tak nak aku dengan duduk dia.

Sampailah ayah sakit, aku jaga ayah, aku masak, aku siapkan segala keperluan ayah. Aku urut kaki ayah setiap kali balik kerja walaupun penat, walaupun tangan aku tengah sakit, aku gagahkan juga untuk mengurut ayah.

Aku cuba melupakan segala apa yang telah ayah buat pada aku. Tetapi, setiap kali ayah ada masalah dengan ibu, ayah jadikan aku sebagai alasan dan sasaran untuk melepaskan kemarahan.

Terbaru, ayah block aku dari WhatsApp hanya kerana bergaduh dengan ibu kerana sebuah kereta?

Aku selalu menjadi mangsa ayah untuk menutup segala kesalahannya. Aku faham ayah tak nak aku jadi keluarganya. Ayah nak aku keluar dari keluarga ini kan? 

Tapi sayang, Allah tak tarik lagi nyawa aku. InshaAllah aku tunaikan (permintaan ayah). Aku cuba usahakan untuk keluar dari rumah. Cuma kali ini, aku berharap aku tak akan kembali dan tidak merosakkan hubungan kamu sekeluarga. 

Cuma satu aku nak tahu apa sebenar-benarnya salah aku? Aku rasa sia-sia sahaja pengorbanan aku selama 25 tahun ini hanya untuk mendapat kasih sayang seorang ayah. - Liya Elina

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Ibu Kecewa Minta Bantuan Anak Sakit Tapi Dapat Mesej Lucah Sebagai Syarat Untuk Dibantu


Seorang ibu melahirkan rasa kecewanya selepas menerima beberapa mesej lucah daripada individu tidak dikenali yang cuba mengambil kesempatan terhadapa masalah yang dihadapinya.

Artikel yang pernah kami siarkan mengenai ibu berkenaan yang memohon sumbangan untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung untuk merawat anaknya yang menghidapi penyakit kronik terpaksa mendedahkan nombor telefon untuk memudahkan perhubungan dengan orang yang ingin membantu.

Tetapi ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil nombor telefon berkenaan dengan menyatakan ingin membantu tetapi perlukan 'balasan' yang tidak munasabah.

"Pada mulanya dia sms cakap nak beri bantuan tapi selepas itu saya tanya dia nak apa?."

"Saya memang terkejut apabila dia meminta saya melakukan aksi lucah dan jika saya melakukan perkara berkenaan dia akan masukkan wang bantuan, nasib saya tidak mempunyai telefon canggih, kalau tidak entah gambar-gambar pelik apa dia hantar" cerita ibu berkenaan dan terus tidak membalas sms tersebut.

Berikut adalah mesej yang dihantar kepada ibu berkenaan.






Apa yang admin boleh cakapkan ia sememangnya perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana mengambil kesempatan dengan kesusahan orang lain.

Kata-kata ibu itu buatkan admin sendiri rasa saya, katanya "saya hendak minta bantuan supaya anak saya cepat sembuh bukan minta untuk jual badan."

Apapun laporan pihak polis telah dibuat dan harap pihak polis dapat melakukan tindakan terhadap individu ini dan dihukum dengan setimpal.


(Video) Detik Cemas Seorang Pelajar perempuan Dirasuk Dalam Sekolah




Satu video yang memaparkan seorang pelajar perempuan yang dirasuk kini menjadi viral di media sosial.

Video tersebut di ambil oleh salah seorang pelajar yang menyaksikan kejadian yang dipercayai berlaku di SMK Cheras.

Di dalam video tersebut, pelajar terbabit dilihat berjalan di beranda sekolah tersebut sambil menggoncang untuk membuka pintu salah sebuah bilik dan memecahkan tingkap.

Selain itu, dia juga turut dilihat bermain-main dengan satu objek yang kelihatan seperti sebilah gunting.

Memetik laporan dari Worldofbuzz.com, dua orang guru lelaki berjaya mengawal pelajar tersebut sebelum polis dipanggil ke tempat kejadian.


Padah Bersikap Rasis, Lelaki Ini Dilempang Bertubi²



SINGAPURA - Padah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap bangsa India, seorang lelaki berbangsa Cina dilempang sebelum ditinju dan ditumbuk beberapa kali oleh seorang lelaki India.

Tidak dikenalpasti bila insiden itu berlaku, namun video rakaman itu dimuat naik di laman Facebook sejak semalam (19 Ogos).

Menurut sumber, video itu dirakam oleh pekerja delivery McDonald itu sendiri. 

Dalam video berkenaan, jelas kedengaran lelaki itu mula melemparkan kata-kata yang menghina seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya.

Namun, tidak tahan dengan tindakan lelaki itu, seorang lelaki India tampil berdepan dengan lelaki itu dan terus melempang mukanya dan berkata "Shut the fcuk up!".

Kedua-duanya saling berbalas tumbukan namun cuba dihentikan oleh seorang pelanggan wanita yang berhampiran.

Lelaki India itu kemudiannya enggan meneruskan pergaduhan itu dan berlalu pergi namun lelaki Cina pula memprovokasinya agar kembali semula berdepan dengannya. - THEHYPEMEDIA.COM

Siapa Sebenarnya Gadis JPJ Ini Sampai Ada Rela Disaman?

MENJADI perbualan hangat di laman sosial terutamanya Facebook dan Twitter berkenaan gambar seorang awek ‘cun’ yang berpakaian seragam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tatkala ini.
Ada yang memuat naik gambar berkenaan dengan kapsyen “Tolonglah saman saya!”, “Kalau awek JPJ macam ni. Awak nak saman saya banyak mana pun saya sanggup,” “Tolong la saya merayu. Saman la saya.”
Serta bermacam-macam lagilah kapsyen yang menggelikan hati jika dibacanya.
Tetapi tahukah anda siapakah sebenarnya gadis rupawan tersebut yang membuatkan ramai ‘lelaki merayu’ untuk menerima saman daripadanya?
Bernama Nur Amirah Filzah, beliau adalah seorang model, blogger, pelakon dan juga merupakan pengacara di dalam program bercorak Islamik, Qari Junior yang dibawakan oleh stesen TV3.
Screen-Shot-2015-08-17-at-11.39.06-AM
Nur Amirah Filzah, adalah seorang model, blogger, pelakon dan juga pengacara.
2

(3 Gambar) Najib Razak Muat Naik Gambar Anak Panda, Puji Kecomelan


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi memuat naik gambar-gambar anak panda hasil dari Liang Liang dan Xing Xing.

"Anak kepada Liang Liang dan Xing Xing, panda di Zoo Negara. Bayi kecil tak nampak macam panda tapi tetap comel. ", tulis Najib di Twitter rasmi miliknya.

Bersama tweet tersebut, Najib turut memuat naik tiga keping gambar anak panda berkenaan. Setakat ini belum ada nama yang diberikan kepada anak panda itu yang dilahirkan semalam. 





Gadis “Anak Patung” Jadi Tarikan Pelanggan Ke Restoran McDonald’s


TAIWAN: seorang gadis pekerja sebuah restoran makanan segera McDonald’s di Kaohsiung telah berjaya menarik kehadiran ramai pelanggan ke restoran tempat dia bekerja itu kerana wajahnya seakan-akan anak patung.

Hsu Wei-han yang lebih dikenali sebagai Weiwei atau Haitun kelihatan sangat comel dengan pakaiaanya berkemeja merah jambu serta berkasut tumit tinggi.






Cawangan McDonald’s tempat dia bekerja itu kini menjadi terkenal dan orang ramai berpus-pusu ke restoran berkenaan.

“Wanita tersebut kelihatan seperti patung porselin yang cantik, namun dia seakan tidak asli,” komen seorang pengguna internet.

Top