Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Vape Terbakar Dalam Pesawat Malindo Air (3 Gambar)


PUTRAJAYA - Bateri rokok elektronik atau vape milik seorang penumpang terbakar secara tiba-tiba di dalam pesawat Malindo Air ketika penerbangan ke KLIA 2 dari Kota Kinabalu.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.45 petang semalam, penumpang dan kru pesawat dikejutkan dengan kejadian yang tidak disangkakan itu namun keadaan berjaya di kawal.

Kebakaran kecil itu berlaku semasa pemilik vape itu sedang leka menonton tayangan video di di paparan skrin tempat duduknya. Vape yang diletakkan dalam begnya di atas pehanya tiba-tiba terbakar menyebabkan mangsa mengalami kecederaan ringan di peha dan lengan kiri.



Bagaimanapun, mangsa telah diberikan rawatan segera oleh seorang penumpang (doktor) yang kebetulan menaiki penerbangan yang sama.

Tindakan pantas kru pesawat berjaya mengawal kebakaran dan pesawat Boeing 737-800 itu selamat mendarat di KLIA pada jam 8.44 malam.

Sejurus mendarat di KLIA2, mangsa membuat laporan polis. Sehingga ke saat ini, Malindo Air belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kejadian itu.

Di media sosial, netizen pula mencadangkan agar vape diharamkan dibawa ke dalam pesawat kerana bimbang dengan keselamatan para penumpang yang lain. - THEHYPEMEDIA

'Kenapa Lelaki Boleh, Kami Tak Boleh Pula?' - Gadis Vape


SHAH ALAM - Wanita yang mempunyai minat terhadap vape dan memuat naik gambar mereka sedang vaping di media sosial seringkali dikecam oleh netizen yang menganggap perbuatan itu tidak molek. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan wanita beragama Islam.

Memetik temubual wartawan The Malaysian Insider dengan beberapa pengguna Vape di Festival Vape Shah Alam di Shah Alam Convention Centre (SACC) semalam, menegaskan menghisap vape bukanlah sesuatu yang salah.

"Perempuan dengan lelaki sama saja. Kalau untuk perempuan tak elok kenapa lelaki elok pula? Kami bukan buat jenayah," kata Natasha Elina, 23, yang kesal tanggapan masyarakat yang tidak adil terhadap mereka.

"Saya dulu hisap shisha dan kini beralih ke vape. Tetapi kalau di tempat yang ada ramai orang tua, kalau boleh janganlah hisap," katanya yang bekerja sebagai pembantu peribadi.

Bagi Farah Hana Syazwani, 21, pula berpendapat, tiada salahnya jika perempuan minat dan menghisap rokok elektronik itu.

"Itu terpulang pada individu. Kalau perempuan bertudung hisap rokok, lagilah nampak teruk. Baik hisap vape," katanya sambil tersenyum. 

Dua gadis yang temui pula mengaku apabila mereka beralih ke rokok elektronik, ia banyak membantu mereka untuk berhenti dari merokok.

"Saya nak berhenti merokok dan saya suka dengan banyak perisa vape. Sehingga sekarang saya hanya hisap vape, tiada lagi melayan rokok tembakau. Lagipun kesan hisap rokok lebih teruk dari vape. Jadi apa masalahnya kan," ujar Tasha, 20, jurujual sambilan di festival tersebut.

"saya tak ketagih vape pun. Saya dah lama menghisap rokok, jadi sekarang baru nak belajar hisap vape. Kalau ada vape, saya kurang hisap rokok," kata Umi Kalsom, 21, pelajar kolej swasta.

Rata-rata wanita yang menghisap vape menyatakan rokok elektronik itu memberikan kepuasan kepada mereka dengan pelbagai perisa selain dari bau yang harum. Dari segi kos pula, mereka berpendapat ia lebih menjimatkan kerana ada model vape yang mampu milik dan kos penyelenggaraannya rendah. - THEHYPEMEDIA


Harga Kad Topup Kembali Pada Caj Asal 1 November Ini


KUALA LUMPUR - Harga kad tambah nilai prabayar telefon akan kembali pada caj asal seperti sebelum perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 November ini, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, JKDM telah berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar pengguna tidak dikenakan bayaran tambahan apabila membeli kad tambah nilai.

Jelasnya, Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat telekomunikasi yang gagal melaksanakan langkah itu dan bersedia mengambil tindakan tegas jika mereka masih keras kepala.

"Macam mana Telco mahu caj, mereka kena fikirkan cara itu. Apa yang penting, rakyat beli RM10 dapat RM10. Kita mahu JKDM buat susulan dengan SKMM dan buat pengumuman pada 1 November ini," katanya.

Kerajaan tidak dapat menerima alasan dari pihak telco seperti sebelum itu bahawa sistem komputer mereka masih belum bersedia, kerana tempoh yang lama telah diberikan kepada mereka.

"Jika pihak telco masih memberikan alasan yang sama, arahan ini tetap perlu dipatuhi iaitu mengekalkan harga kad tambah nilai seperti asal. Sebab, secara logiknya jika pihak telco belum bersedia, mengapa pengguna pula yang kena menanggung kos tambahan?." jelasnya.

Pada awal Mei yang lalu, telco telah menawarkan dua pilihan yang tidak menguntungkan rakyat iaitu bersetuju menjual kad tambah nilai prabayar pada harga RM10.60 tetapi apabila diaktifkan, pengguna akan menerima nilai RM10. Pilihan kedua pula, pembelian pada harga RM10 dan apabila diaktifkan, pengguna hanya akan menerima 9.45.

Bagaimanapun, netizen enggan menaruh harapan yang tinggi pada kenyataan Johari ini berikutan sudah jemu dipermainkan oleh kerajaan.

"Kejap tarik, kejap serap, kejap pengguna tanggung semula. Sekarang keluar kenyataan harga topup akan dikembalikan pada caj asal. Dah hampir 6 bulan syarikat telco mengaut keuntungan 6% GST dari pengguna, baru sekarang nak ambil tindakan? Sadis!" kata Razman. - THEHYPEMEDIA

'Kemarahan Rakyat Sudah Reda, Mereka Sudah Boleh Terima GST'


ALOR SETAR - "Mereka tidak marah lagi pada kerajaan," demikianlah kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan. 

Lapor Free Malaysia Today (FMT), beliau berkata, Kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikembalikan kepada rakyat melalui pelbagai program bagi membantu meningkatkan pendapatan rakyat. Ini kerana rakyat mahu melihat hasil GST dikembalikan kepada mereka dalam pelbagai bentuk.

Ahmad Maslan juga menyarankan kerajaan perlu memperbanyakkan program bagi meningkatkan pendapatan rakyat dengan menggunakan hasil kutipan GST itu bagi membuktikan kerajaan mengembalikan hasil cukai itu kepada rakyat. 

"Mereka tidak akan marah lagi kepada kerajaan seperti sebelum ini kerana kerajaan manfaatkan cukai tersebut bagi membantu rakyat meningkatkan pendapatan menerusi pelbagai cara.

"Program seperti e-rezeki yang dilancarkan sebelum ini dapat membantu meningkatkan pendapatan rakyat," katanya. 

Menurut Ahmad Maslan, Najib akan membentangkan hasil kutipan GST kepada rakyat dalam pembentangan Bajet 2016 Jumaat depan. - THEHYPEMEDIA

Netizen Mempersenda Payudara Gadis Iklan Petronas


KUALA LUMPUR - Gambar Ummi Khazriena menjadi bualan hangat netizen yang mengkritiknya sengaja menunjukkan asetnya itu kepada golongan lelaki.

Ummi Khazriena, 15, yang pernah muncul bersama Tan Hong Ming dalam iklan Petronas 2008, arahan Allahyarham Yasmin Ahmad itu disindir sengaja menayangkan payudaranya kepada umum, lapor The Malay Mail Online.

“Baik ya semasa kecil, tersembunyi. Besar sudah tidak tersembunyi. Orang nampak, orang tengok. Akan jadi gangguan sek-s kepada laki-laki,” kata Asmar Mie.

Kenyataan itu dibuat susulan gambar mereka berdua dimuat naik oleh pengendali laman Facebook Sukan Star TV dengan caption "Iklan Petronas untuk Hari Kemerdekaan ke-50. Dah besar dah diorang," 


“Perghhhh besarnya. Mahu 34d saiz dia. Maksud aku saiz kasut dia, Sudah, kau orang jangan fikir bukan-bukan,” kata pengguna lain Amer Zach.

Menurut netizen, komen-komen sedemikian dilemparkan kerana ia adalah tindak balas normal dari seorang lelaki yang melihat pada susuk tubuh wanita yang mengiurkan.

"Kalau dia tidak tunjuk, orang pun tak akan tengok. Tetapi dia gatal nak tunjuk, orang pun gatal nak etngok. Perkara ringkas saja," kata Nik Hakim. - THEHYPEMEDIA


'Anak Aku Hampir Diculik Di Mahkota Parade Melaka!'


Apa yang aku nak cerita ini, mungkin panjang lebar tetapi aku nak kongsikan juga pengalaman aku hilang anak.

Please alert bagi sesiapa yang ada anak berusia 2 - 3 tahun ke atas. 

Please! Please! Please! 

Kalau ke mana-mana di mana-mana anda pergi, anak jangan sesekali terlepas dari tangan atau pandangan. Perkara yang aku dengar, baca di sana sini sudah terjadi pada aku sendiri. 

Perkara ini terjadi di dalam Mahkota Parade, Melaka. Aku pergi bercuti dalam tiga buah keluarga. Sebelum nak balik, kami semua bersetuju untuk singgah beli apa yang patut. 

Anak aku, Sofea, dia ini rapat dengan sangat-sangat dengan Wawan dia (ibu aku). Jadi dia didukung oleh neneknya. Setibanya di mall, nenek turunkan dia dan pegang tangan dia sepanjang jalan sampailah ke satu kiosk, kami berhenti.

Di kiosk itu ada menjual pelbagai macam biskut. Jadi, Sofea nak biskut, ibu aku belikan dan bayar. Pada masa itu, ibu lepaskan tangan dia. Suami aku pula sibuk juga nak membeli.

Tak sampai lima minit, kami baru tersedar yang Sofea tiada berdekatan dengan kami. 

Aku, mak budak, hati mana yang nak tenang bila ditanya pada semua mana Sofea, semua jawab tak tahu. 

Semua mula mencari Sofea. Aku dengan mendukung adik Sofea, aku hulur pada nenek yang paling dekat dengan aku. Bersungguh-sungguh aku berlari mencari Sofea.

Seorang demi seorang beritahu yang mereka perasan ada seorang budak perempuan pakai reben hitam berjalan melulu pergi ke pintu keluar. 

Mulut aku tak berhenti menjerit-jerit memanggil nama Sofea. Aku dah tak fikir apa yang orang nak kata apa. Kepala lutut aku dah mengigil, mata aku dah berkaca, hati aku dah menangis. 

Tiba di pintu luar, aku tak nampak pula bayangan anak aku sampailah mata aku tertumpu pada sekumpulan perempuan dan salah seorang daripada mereka menunjuk ke arah aku dan terus melambai aku.

Aku nampak Sofea dengan salah seorang daripada mereka. Sofea senyap dan tidak menangis. Siapa yang kenal anak aku, dia bukan jenis budak yang nak ikut-ikut orang yang tidak dikenali. Kalau orang tegur pun, dia akan menjerit. 

Tetapi pada masa itu, bila aku cuba ambil dia dari wanita itu terus aku bertanya "Sofea pergi mana?". Satu jawapan pun tidak diungkapkan dari mulutnya. Sehinggalah aku tepuk muka dia tiga kali, Sofea tenung tajam pada aku terus sebut "Mama!" dan menangis. 

Menurut wanita itu, Sofea berjalan melulu mengikut seorang wanita Cina berusia lingkungan 40'an. Curiga dan tidak sedap hati dengan keadaan itu, wanita terbabit terus menarik tangan Sofea. Wanita Cina itu pula menoleh ke arah mereka dan terus lari keluar dari mall.

Mungkin Allah dah hantar orang untuk menyelamatkan Sofea. Mungkin Allah dah gerakkan hati dia untuk tolong Sofea menyebabkan dia terus menarik anak aku cepat-cepat dan dukung.

Syukur, tak terbalas budi wanita penyelamat Sofea. Katanya, Sofea juga pada masa itu seperti dalam keadaan tidak sedar. Bila ditanya pelbagai soalan, Sofea juga tidak menjawab sehinggalah aku sampai di tempat kejadian itu.

"Terima kasih kepada kakak dan kawan-kawan dia yang prihatin dan terima kasih kepada Allah yang masih nak menolong aku,".

Apa yang aku nak cakap ialah, Sofea mungkin telah dipukau berdasarkan keadaan dia ketika ditemui. Aku kenal anak aku 200%, tak mungkin dia nak ikut sesiapa dan jalan tak tentu arah. Anak aku jenis penakut, kuat menangis, kuat menjerit. 

Tolong ye, jangan ambil mudah dengan apa sahaja yang kita buat di mana-mana pun anda berada. Peka dengan keadaan sekeliling. Sekarang, penjenayah tak perlu culik dengan kasar, dengan cara halus pun mereka boleh buat. - Nurul Suhaimi

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Bibik Lari, Tinggalkan Bayi 3 Bulan Bersendirian Di Rumah


Seorang pembantu rumah warga Indonesia, melarikan diri dari rumah majikannya dan meninggal bayi berusia 3 bulan bersendirian di rumah.

Mangsa, Fara Mustapa, memuat naik gambar-gambar pembantu rumahnya di laman Facebook.

"Assalamualaikum, mohon jasa baik rakan-rakan jika terlihat gadis warganegara Indonesia berusia 25 tahun. Sila maklumkan segera di talian 013-3833899.


"Beliau telah melarikan diri dari rumah dan meninggalkan bayi saya berusia 3 bulan seorang diri serta mencuri beberapa jumlah wang dan barang-barang berharga. 

"Waktu melarikan diri sekitar jam 1 petang, 26 Ogos 2015. Beliau mungkin masih beradad di kawasan sekitar Shah Alam atau Klang," kata Fara yang memohon orang ramai menyebarkan gambar-gambar gadis itu.

Fara juga mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terperdaya dengan gadis itu kerana suspek sangat bijak berdrama dan meraih simpati.

Orang ramai dinasihatkan agar memilih pembantu rumah yang boleh dipercayai agar tidak berlakunya kes seumpama ini. Juga diingatkan agar tidak menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab menjaga anak atau bayi anda kepada mereka. - THEHYPEMEDIA.COM

(Video) Kumpulan Anti-Bersih Buat Demonstrasi Aksi Pertahankan Diri Sempena Bersih 4.0


KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2015 : Satu demonstrasi yang difahamkan sebagai aksi mempertahankan diri dibuat kumpulan Anti-Bersih di depan Sogo hari ini, laporTheRakyatPost.

Kumpulan tersebut dilihat memakai pakaian merah di dalam aksi tersebut manakala kumpulan Bersih 4.0 akan memakai baju bewarna kuning.

Kumpulan tersebut membabitkan gabungan pertubuhan bukan kerajaan(NGO) Melayu. Kumpulan terbabit diketuai oleh Datuk Jamal Md Yunos yang berkata, demonstrasi itu sebagai persiapan pertahanan diri jika berlaku keganasan antara 'merah' dan 'kuning.

Jika penganjur Bersih 4.0 mengotakan kata-kata mereka, untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 100,000 orang menyertai perhimpunan haram itu, maka, pihak berkuasa sudah tentu akan menghadapi masalah untuk memberi jaminan keselamatan kepada semua peserta kuning dan juga kami.

Kami tidak akan memulakan sebarang keganasan tetapi sekiranya pasukan kuning berbuat demikian, maka, orang-orang kami yang berpakaian mereka berkemampuan mempertahankan diri masing-masing,” kata Jamal.

Menurut Jamal, seramai 30,000 penyokong anti-Bersih sudah siap sedia dan akan berkumpul di kawasan sekitar Low Yat pada Sabtu 9 Pagi sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

Semua 30,000 penyokong sudah menandatangani borang persetujuan bahawa sebarang keganasan fizikal menimpa mereka, kami tidak akan bertanggungjawab, tetapi kami menyediakan insurans kemalangan untuk mereka,” kata Jamal.

Namun, Jamal turut berkata sekiranya Bersih 4.0 dibatalkan, mereka juga akan mengundurkan diri dari perhimpunan.

Kami berhimpun untuk menunjukkan sokongan kepada kerajaan yang dipilih oleh majority rakyat Malaysia, dan memastikan Malaysia kekal sebagai negara aman dan harmoni.

Jadi, jika mereka membatalkan Bersih 4.0, kami akan membatalkan perhimpunan aman kami.

Video persembahan yang dimuat naik oleh TheRakyatPost Network di Youtube itu memperlihatkan aksi beberapa kumpulan tersebut memukul sesama sendiri menggunakan kayu dan juga aksi memecahkan atap siling menggunakan kepala.

Bersih 4.0 dijangkan akan berlangsung pada hujung minggu ini.

Gambar Palsu Dr Mahathir Pegang Buku Bersih Viral di Media Sosial



Kuala Lumpur - Sekeping gambar yang memaparkan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memegang buku bersih 4.0 menjadi viral di media sosial.

Di dalam gambar tersebut (gambar atas) Dr. M dilihat memegang dua buah buku yang bertajuk "Jom! Bersih 4".

Namun tindakan netizen yang pelik dengan gambar tersebut segera menyiasat kesahihan gambar itu dan mendapati ianya ternyata palsu.

Gambar itu sebenarnya adalah gambar Dr Mahathir memegang dua buah buku lain iaitu buku yang menceritakan tentang dirinya.

Diharap orang ramai tidak terpedaya dengan gambar palsu tersebut 


"Kalau nak Mati, Kita Mati Bersama Najib" - Ketua UMNO Bahagian Kepong


KUALA LUMPUR, 23 Ogos : Ketua UMNO Bahagian Kepong, Senator Datuk Ridzuan Abdul Hamid berkata mati dalam politik lebih baik dari mati dalam kemalangan.

(saya) Takkan bergerak walau seinci bersama Najib bahkan akan terus berjuang bersama UMNO.

Kami akan sentiasa berperang dengan musuh. Kalau nak mati, kita mati bersama Najib. Itu Ikrar, mati dalam politik lebih baik daripada mati katak atau mati dalam eksiden,” katanya memetik satu laporan dari MalaysiaKini.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Mesyuarat UMNO Bahagian Kepong di Hotel Hilton hari ini.

Selain itu, Ridzuan juga turut meluahkan perasaan kecewa dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang seringkali mempersoalkan isu derma RM2.6 billion.

Dia makin dipecat makin garang, pergi ke merata bahagian, dan persoalkan RM2.6 bilion. Bukankah mereka berjanji untuk mempertahankan Najib.

Tetapi mengapakah mereka sering menghentam dan membawa masalah seperti isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu RM2.6 bilion,” tegasnya.

Ridzuan juga berkata sikap Muhyiddin memang seorang yang berpendidikan tinggi dalam bidang agama namun sikapnya berbeza apabila dia tidak setia kepada seorang pemimpin.

Orangnya beragama, bapanya adalah seorang yang yang disanjung tinggi, tapi anaknya baru dua tahun dua bulan jadi Timbalan Perdana Menteri, tidak setia kepada Perdana Menteri,” katanya 

'Saya Tak Nak Menyusahkan Orang Lain' - Makcik Hindon


KLANG - Matanya buta. namun hatinya terang. Disebabkan itu, Hendon Satari @ Suradi, 75, masih mampu melakukan apa yang tidak mampu dilakukan orang lain apabila dalam keadaan buta dan lanjut usia. Dia masih menyorong gerainya sejauh 200 meter hampir setiap hari untuk menjual makanan ringan bagi menyara kehidupannya.

Bagi ibu tunggal tiga anak yang berniaga di Jalan Hassan, Kampung Sungai Udang, di sini, walaupun tidak boleh melihat, ia bukan halangan untuk dia mencari sesuap nasi tanpa meraih simpati orang lain.

"Walaupun mata buta, alhamdulillah hati mak cik terang apabila seperti dapat melihat dan kadang-kadang mak cik boleh naik bas seorang diri ke pekan berhampiran untuk mencari barang keperluan harian dan sebagainya.

"Syukur, dalam usia sebegini mak cik dikurniakan kesihatan yang baik apabila doktor juga mengesahkan tidak menghidap sebarang penyakit hanya kadang-kadang demam namun itu perkara biasa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Lorong Surau Al Shukriah, Kampung Sungai Udang, di sini, pagi tadi.

Kisah Hindon sebelum ini ‘viral’ di laman sosial dan ramai yang simpati dengan nasibnya. Menurutnya, dia masih mencari rezeki bersendirian kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.

“Mak cik tak nampak nak...tapi mak cik tak mahu menyusahkan orang lain mahupun anak sendiri. Selagi dikurniakan kesihatan yang baik, mak cik tak kisah untuk menyorong gerai kecil dan usang ini untuk berniaga.

"Kadang-kadang makcik pun tak larat memandangkan faktor usia dan kudrat yang semakin tidak mengizinkan tapi nak buat macam mana, nak tak nak mak cik kena berniaga kalau tak siapa nak bagi mak cik makan.

"Kalau musim hujan habis basah kuyup. Makcik dah biasa semua itu dan kalau boleh memang tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada anak kerana mereka juga mempunyai tanggungjawab lain," katanya.

Menurutnya, setiap Isnin hingga Jumaat dia bangun seawal 6.30 pagi membuat persiapan berniaga sebelum membuka gerai seawal 7.30 pagi kecuali Sabtu dan Ahad.

"Mak cik beli gerai bergerak dengan harga RM300 dan tumpangkan gerai itu di sebuah kedai runcit. Selalunya dari rumah mak cik akan ke gerai runcit itu menaiki bas sebelum menyorong gerai kecil itu hampir 200 meter ke lokasi berniaga iaitu di tepi jalan berhampiran sekolah tadika.

"Mak cik beli makanan ringan secara borong di sebuah pasar raya di Klang dengan modal RM20 dan kemudiannya menjualnya kepada penduduk di sini terutama pelajar sekolah.

"Pendapatan mak cik tidak menentu bergantung kepada pelanggan. Sehari boleh dapat RM3 hingga RM5 tapi pernah juga tak ada pelanggan. Untung atau rugi itu tidak penting asalkan rezeki itu datang hasil titik peluh sendiri dan bukannya meminta sedekah atau meraih simpati orang lain," katanya.

Hendon berkata, dia tinggal bersama anak perempuan dan lima cucu dan mula berniaga kecil-kecilan sejak lebih 20 tahun lalu selepas kematian suaminya, Tuni Minhad.

Katanya, walaupun ketiga-tiga anaknya bekerja dan ada yang menetap di Melaka dan Pulau Indah, dia tidak mahu menyusahkan mereka yang juga mempunyai tanggungjawab lain selain masih boleh berdikari sendiri.

"Selain hasil berniaga makanan ringan itu mak cik juga mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu sebanyak RM350 sebulan.

"Wang itu mak cik kumpul untuk modal berniaga selain usaha untuk mendapatkan gerai yang lebih selesa namun ia masih belum mencukupi," katanya yang boleh dihubungi menerusi nombor telefon 0123979505.

Hendon turut menerima lawatan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang menghulur bantuan wang tunai bagi meringankan beban ditanggung wanita warga emas itu.

Sementara itu, Pengurus LZS Daerah Klang, Saiful Anuar Abdullah Saleh berkata, bantuan berbentuk kewangan itu adalah untuk sara hidup sementara waktu dan LZS akan menilai semula bantuan yang boleh diberikan memandangkan wanita warga emas itu tinggal bersama salah seorang anaknya dan lima cucu.

"Pihak kami akan mengkaji pendapatan isi rumah terlebih dulu dan seterusnya akan mempertimbangkan bantuan yang layak diberikan kepadanya.

"Sebelum ini memang LZS ada memberi bantuan tetapi apabila dimaklumkan di bawah tanggungan anaknya pihak kami membawa perkara itu kepada JKM.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan mempertimbangkan semula jenis bantuan yang boleh diberikan bergantung kepada syarat yang ditetapkan LZS.

"Kami juga sentiasa berhubung dengan wanita warga emas itu untuk perkembangan dari semasa ke semasa termasuk tahap kesihatannya," katanya. - HARIAN METRO

Ahmad Maslan Sanggup Ditembak Demi Melindungi Najib


PETALING JAYA - Datuk Ahmad Maslan sanggup ditembak demi melindungi Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, katanya Selesa lalu di Majlis Perasmian Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tititwangsa.

Bagi beliau, falsafah itu sentiasa menjadi pegangan hidupnya.

"Kalau ditanya Ahmad Maslan, adakah sanggup menerima peluru supaya Datuk Seri Najib tak kena, Ahmad Maslan akan kata, saya sanggup menerima segala peluru," katanya disambut dengan tepukan gemuruh para perwakilan yang hadir.

Lapor Free Malaysia Today, Ahmad Maslan juga menyelar tindakan sesetengah pihak yang menjadikan isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion untuk menyerang Najib. Beliau berasa kesal dimana Najib telah melakukan seribu satu macam kebaikan, namun tidak pernah diceritakan kepada umum.

“Saya harap saudara-saudara, kita buka minda kita, Datuk Najib telah laksanakan seribu satu macam kebaikan, kenapa dengan hanya diceritakan tentang satu kisah dana politik, perkara-perkara kebaikan yang telah dilakukan tidak diceritakan?” soalnya.

Ahmad Maslan menasihatkan rakyat agar menyelidik terlebih dahulu maklumat yang diterima dan bijak menilai yang mana benar atau fitnah. - THEHYPEMEDIA.COM


Top