ads

Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Mak Aiii.. Trend Bergambar Ramas Buah Dada Awek Pulak

BERISTIGHFAR panjang kami jadinya melihat gambar aksi tidak senonoh yang dilakukan pasangan kekasih ini.
Selamba berposing sambil memeluk dan meramas buah dada pasangan masing-masing hinggakan kita yang menengok naik malu dan menyampah jadinya.
Sebenarnya, kami sendiri tidak dapat memastikan pasangan ini sama ada berasal daripada negara kita atau negara lain.
Begitu pun, kelakuan kelakuan mereka sememangnya tidak bermoral dan boleh mengakibatkan budaya negatif seumpama ini menjadi ikutan anak muda yang lain pula.
Gambar pasangan meramas buah dada ini sebenarnya telah tersebar dan menjadi viral di media sosial, Twitter.


Tidak dinafikan jika dahulu pasangan bercinta hanya berpegangan tangan, nampaknya kini ada yang terlebih berani meramas buah dada kekasih masing-masing di tempat awam.
Yang peliknya, si gadis rela pulak diperlakukan sebegitu oleh teman lelaki mereka.
Apa mereka ingat, ‘dicabul’ dengan mengizinkan buah dada mereka dipegang boleh membuktikan kesucian cinta?
Gejala sebegini lah yang menyebabkan peningkatan kes-kes pembuangan bayi. Apa pun, semoga perkara sebegini dapat dijauhkan. -MYNEWSHUB.CC

Awek Bertudung Bangga Tayang Lidah Ditindik…


AMBOI, dah cantik bertudung litup tetapi sayang, terpapar sesuatu objek di bahagian lidah salah seorang gadis dalam gambar di atas….. lihat betul-betul…. apa lagi kalau bukan bertindik.
Buat pengetahuan anda, bertindik di bahagian lidah ini adalah suatu yang amat menyakitkan.
Individu yang menindik di bahagian lidah ini akan berlapar dalam satu tempoh masa demi mempercepatkan sembuh luka akibat organ berkenaan ditebuk.
Inilah padah kerana inginkan sesuatu yang cantik dan tampak lain daripada lain.
Sebenarnya pada pandangan penulis, bertindik atau lebih dikenali dengan namapiercing ini, haram walaupun di mana-mana bahagian badan termasuklah cuping telinga.
Terdapat percanggahan pendapat mengenai perkara ini, ada fatwa yang mengatakan bertindik itu hukumnya adalah ‘harus’.
Namun jika difikirkan bukankah amalan berindik itu sudah seperti mengubah sesuatu ciptaan Allah?
Bertindik ini asalnya merupakan amalan wanita Arab Jahilliah sebelum mereka memeluk Islam.
Setelah mereka memeluk Islam, amalan lama tersebut ditinggalkan dan tidak diteruskan.
Jadi mengapa masyarakat khususnya kita yang beragama Islam masih mengikut amalan masyarakat Arab Jahilliah kembali?
Serta apa bezanya bertindik di cuping telinga dengan bertindik di beberapa anggota badan seperti hidung, pusat dan kening?
Maka reaksi para ulama akan berkata “Haram kerana perbuatan tersebut menyerupai golongan kafir“.
Bukankah bertindik di bahagian cuping telinga itu sendiri sebenarnya merupakan ‘permulaan’ mengikut tradisi golongan kafir?
Tubuh badan kita, iaitu dari hujung rambut sampai ke hujung kaki kesemuanya adalah milik Allah.
Kini ramai masyarakat Melayu Islam dan kebanyakkan Ulama memandang amalan bertindik  sebagai perkara yang kecil, padahal hakikatnya perkara-perkara seperti inilah bakal ditanya di akhirat kelak. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzq

Tahukah Anda : Ada Fatwa Kata Halal Intai Tunang Mandi


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan fatwa daripada Ilmuan Mesir, Usama Al-Qawsi yang menyatakan halal bagi seseorang lelaki mengintai tunang mereka dalam keadaan sedang mandi.
Fatwa ini diambil dalilnya daripada Ibn Hazm, seorang bermazhab Zahiri, mazhab yang dipercayai sudah lama pupus.
“Jika salah seorang diantara kalian meminang seorang wanita sekiranya ia dapat melihat sesuatu darinya yang mampu menambah keinginan untuk menikahinya, maka hendaklah ia melihatnya kepadanya (HR, Ahmad dan Abu Daud”, (HR, Ahmad dan Abu Daud).
Atau dalam erti kata yang lain, hadis ini menerang secara zahir bahawa adalah halal untuk si lelaki melihat aurat tunang mereka selagi tidak melihat kemaluan hadapan dan belakang gadis itu secara terang-terangan.
//
Walau bagaimanapun, seperti yang kita tahu pasti akan ada percanggahan daripada ulama lain yang nyata tidak bersetuju dengan dalil tersebut yang sudah pun lama pupus malah boleh dilihat menjatuhkan maruah seseorang wanita yang sepatutnya dilindungi daripada pandang mata seorang lelaki yang belum sah menjadi suaminya.
Antaranya, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU), Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya, menerusi sebuah video ceramahnya memberikan pengertian sebenar bertunang mengikut pemahaman daripada segi hadis yang sah dan Al-Quran.
Menurutnya tempoh bertunang bukanlah lesen untuk pasangan tersebut tidak menjaga batas sebaliknya ianya merupakan tempoh untuk si lelaki dan wanita tersebut saling kenal mengenali pasangan masing-masing secara lebih mendalam.
“Tunang adalah masa untuk kita kenal, untuk buat risikan dan untuk buat kajian.
“Tunang bukan merupakan satu ikatan yang kuat dalam Islam.
“Dia (pertunangan) hanyalah batu loncatan untuk pernikahan (booking/sesi perkenalan dalam tempoh tersebut),” katanya.
Jadi sudah terang lagi bersuluh, memegang gelaran tunang bukanlah lesen bagi seseorang itu untuk bertindak luar daripada batasan selagi tidak mempunyai ikatan yang sah sebagai suami isteri.
Untuk pemahaman lebih lanjut, bolehlah tonton video yang disertakan di bawah ini.

Jadi dah jelas kemusykilan anda mengenai perkara ini, jangan lepas ini gatal-gatal pula nak pergi mengintai tunang mandi pula ya! – MYNEWSHUB

Seks dalam Myvi


Ada seorang kawan lama mengakui dia pernah melakukan hubungan seks dengan isterinya di dalam kereta. Aku agak tercengang. Mataku membundar dan keningku terangkat.
Kawan lama itu yang berbangga dengan perbuatannya malah menambah dengan senyuman terkulum, “dalam Myvi lagi.”
Kawanku itu bukanlah seorang lelaki liberal. Malah jika dia tidak mengakui begitu aku sendiri tidak terfikir dia boleh nekad melakukan seks dalam kereta Myvi di kawasan meletak kenderaan sebuah pusat membeli belah.
Dia seorang aktivis parti agama. Malah pro-ulama. Dia pernah mengatakan kepadaku begini, “Semua harus Islam hatta jenama ubat gigi mesti ada bayangan Islam.”
Aku bertanya, “Kenapa? Kenapa melakukan seks dalam Myvi. Tak boleh tunggu balik?” Aku membayangkan satu babak dalam siri TV Beverly Hills, 90210 di mana watak ‎Jason Priestley merengek meminta seks daripada watak Jennie Garth.
Permintaan itu segera ditegur oleh watak Shannen Doherty dengan kata-kata, ”Uiii, guys get a room!”
Kawan sekolahku itu dengan selamba membalas, beliau terangsang selepas mendengar rakaman ceramah ustaz Azhar Idrus.
Wow! Aku terkesima seketika, dalam hatiku terdetik, ‘Isterinya sudi? That’s kinky!’
Mufti kata harus
Tentu, untuk seorang yang dituduh liberalis sepertiku ini, seks di dalam Myvi terasa amat lorat lagi Barat. Apakah yang ‘lebih Barat’ dari ini?
Akan tetapi, hakikatnya menurut Mufti Perak, Harussani Zakaria seandainya suami berasa terangsang dan berkeinginan untuk menyetubuhi isterinya maka ia perlu ditunaikan dengan segera.
Beliau malah mendakwa terdapat sebuah hadis daripada Rasulullah yang dilaporkan mengatakan suami boleh menuntut seks di mana sahaja hatta di belakang unta.
Harussani menegaskan, selepas dinikahi dan mas kahwin dibayar, dengan sendirinya isteri tidak boleh menolak permintaan suami untuk melakukan hubungan seks melainkan sang isteri berada dalam keadaan haid dan uzur.
Dalam kes ini, menolak seks bersama suami selepas diminta adalah berdosa dan istilah rogol dalam perkahwinan itu dibuat-buat oleh masyarakat Barat.
Maka seks dalam Myvi adalah halal hukumnya dan mesti ditunai segera.
Seandainya pasangan ini tertangkap polis dan didakwa berkelakuan tidak senonoh di tempat awam bolehkah mereka berhujah “terangsang lepas dengar kaset ceramah ustaz Azhar”?
Atau aboleh mereka berkata ada “hadis boleh bersetubuh belakang unta makanya apa hal sangat main dalam Myvi”?
Kemuliaan seks
Apakah bezanya dengan kelakuan berbogel di atas puncak Kinabalu untuk dilihat oleh telinga keldai? Jika puncak Kinabalu dapat dikatakan kudus, maka mengapakah seks tidak dapat dianggap sesuatu yang mulia dan suci, lagi kudus untuk dilakukan sewenang-wenangnya?
Sesungguhnya seks adalah sesuatu yang suci dan santun. Ia bahkan harus didahului dengan pelbagai persediaan. Seks adalah satu lambang kewujudan manusia.
Justeru, hubungan seks ternyata sesuatu yang suci dan mulia sepertinya Kinabalu menjadi simbol mistik dan spiritual untuk etnik Dusun.
Oleh kerana suci dan mulianya seks, kita dianjurkan berdoa sebelum melakukannya:
“Ya Allah, dengan amanatku kujadikan ia isteriku, dan dengan mitsaqku (akad nikah) aku dihalalkan berhubungan dengannya. Ya Allah, kurniakan kepadaku anak darinya, anak yang mengalirkan keberkahan dan kemuliaan, jangan jadikan syaitan ikut serta dan mengambil bahagian di dalamnya."
Perbincangan ini meleret ke satu lagi isu yang juga penting. Beberapa bulan lalu hal-hal seumpama ini hangat dibincangkan ekoran dari kempen kesedaran rogol, “Rape is Rape, No Excuses” yang dilancarkan oleh ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin.
Terdapat kumpulan Islamis yang menidakkan kempen ini dengan menghujahkan seorang lelaki Islam tidak memerlukan persetujuan isterinya untuk melakukan hubungan seks.
Ini kerana perkahwinan itu sendiri, kononnya, memberikan hak terhadap tubuh pasangannya. Yakni menolak pelawaan seks seorang suami adalah sesuatu yang geruh.
Jika seks dalam perkahwinan sedemikian suci dan kudus yakni penuh kerelaan dan penghadapan, di manakah hak suami untuk merogol isterinya?
Bercanggah dengan firman Allah
Hadis merelakan persetubuhan di belakang unta tersebut tidak menjelmakan keindahan percintaan seperti yang difirmankan oleh Allah, dalam surah Ar-Ruum 30:21.
Maksudnya, “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
Tentu, dalam Islam, al-Quran mengatasi hadis Rasulullah sebagai sumber hukum terutama apabila timbul keraguan dan keanehan seumpama hadis tersebut.
Temanku itu yang mungkin seorang lelaki gasang bertanyakan apakah pula tradisi Syiah dalam hal ini? Aku gesit menjawab, “Ia bukan perihal Sunni atau Syiah. Ayatullah yang menjadi salah satu sumber hukum dalam Syiah juga ada ijtihad gila seperti yang ditunjukkan oleh para mufti Sunni ini.”
Aku teringat pada tahun 2009, Ayatullah Asif Mohseni dari Afghanistan telah menyarankan persetubuhan paksa sebagai sesuatu yang dibolehkan dan bukan rogol. Menurut beliau isteri yang menolak seks wajar dibalas oleh suaminya dengan hukuman tidak diberi nafkah.
Pertamanya, sistem marja' dalam dunia Syiah menyediakan umat Islam Syiah pilihan yang pelbagai untuk diikuti. Terdapat tafsiran dan pandangan, atau fatwa dan ijtihad yang ternyata aneh seperti ini.
Masakan perkahwinan yang dikalung dengan kasih sayang menjadi sesuatu yang amat mendesak dan berteras dendam.
Pun, sistem marja dalam dunia Syiah turut menyediakan penganutnya alternatif untuk menjadi pengikut kepada alim yang lebih terbuka dan cocok dengan diri masing-masing.
Pandangan Syiah
Marja’ seperti Ayatullah al Uzma Yusuf Sanei misalnya banyak berpihak kepada wanita. Beliau melarang isteri dan anak-anak dipukul. Bahkan kesaksian wanita juga menurut beliau sama dan setaraf dengan lelaki.
Beliau malah berpandangan wanita berhak menjadi pemimpin agung Iran jika memenuhi syarat. Dalam hal ini, mereka yang memilih untuk mengikut Ayatullah Sanei tidak akan berpeluang melakukan seks paksa.
Ayatullah Mohseni mempunyai latar etnik Qizilbash dari Kandahar. Yakni sebuah daerah dengan latar budaya Pashtun yang utuh. Dalam erti kata lain beliau muncul dari lingkungan yang keras dan telunjuk patriarki yang tebal.
Maka, masyarakat Syiah Afghanistan yang ramainya dalam kalangan Hazara berasa terkejut dengan ijtihad sedemikian rupa. Wanita-wanita Hazara kebanyakan mereka berpendidikan.
Pandangan untuk menghalalkan seks paksa atau rogol dalam perkahwinan ini sesuatu yang wujud dalam dunia Sunni mahupun Syiah. Ia adalah sesuatu yang datang dari sikap lelaki yang banyak pula diwarnai oleh budaya dan dunia dekat mereka. Ia bukan sesuatu yang datang dari Islam.
Bahkan sebelum 1991, Britain sendiri belum mengharamkan sepenuhnya ‘marital rape’ ini. Di Amerika Syarikat seks paksa dalam perkahwinan ini hanya dilarang di 50 buah negeri pada tahun 1993.
Hujahan Harussani misalnya bahawa ini adalah sesuatu yang datang dari Barat tidak tepat. Sikap melenting dan melatah bahawa semua yang bertentangan dengan kehendak diri itu datang dari Barat adalah kesemberonoan yang menyedihkan.
Jika dunia Syiah mempunyai Ayatullah Sanei untuk mengimbangi kegilaan Ayatullah Mohseni, dalam dunia Sunni kita di Malaysia juga ada ketokohan yang serupa. Baru-baru ini aku membeli sebuah buku berjudul ‘Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia’ karangan Ismail Yahya.
Beliau adalah seorang mantan mufti yang jujur, adil dan teraniaya. Di dalam buku ini, beliau menyatakan mengenai kesantunan hubungan seks antara suami isteri.
Membaca buku ini mengakibatkan aku melihat dunia Sunni di tanah air masih ada harapan, meski adanya agamawan seperti Harussani.
Ismail, mantan ketua hakim syari’e dan mufti Terengganu menyatakan dalam buku tulisan beliau:
Demi kaum wanita
“Walau apa pun, suami janganlah menggunakan kekerasan untuk memaksa isteri berhubungan seksual dengannya. Tujuan berhubungan seksual ialah untuk melahirkan kemesraan dan menguatkan kasih sayang, dan bukannya untuk mengakibatkan kebencian dan tekanan perasan. Allah s.w.t berfirman mengarahkan suami untuk: '…bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik…' (terjemahan An-Nisa’ 4: 19).”
Aku memberitahu kawanku itu, jika kamu seorang bapa dengan anak perempuan, rasa kasih kepada anak kita itu mestilah mendorong kita untuk melihat nasib anak-anak perempuan kita kelak bila diperisterikan orang satu hari kelak.
Tentu kita inginkan mereka beroleh jodoh yang baik. Serta pernikahan yang rukun dan bahagia. Bukan seks paksa, hambat dan belasah, ancaman tidak dibayar nafkah, seks di tempat awam atau pelbagai lagi hujahan patriarki atas nama agama.
Jika dia sungguh menghormati isteri, ibu dan anak perempuannya, seks paksa dalam Myvi (atau atas unta) tidak akan dapat terjadi.
Seks, aku ulangi, adalah sakral dan penuh penghormatan. Rogol sebagai bandingan adalah pemaksaan, jenayah dan kejahatan.
Usaha untuk menjadikan seks paksa dalam perkahwinan harus disokong oleh semua aktivis hak asasi manusia dan kempen kesedaran dalam kalangan mereka yang beragama mesti digerakkan dengan lebih giat.
Para ulama seperti mantan mufti Trengganu ini harus diraikan. Bukan itu sahaja, pendapat beliau mesti disebar luas secukupnya. Usaha ini memang sukar dan rumit.
Jika Britain dan Amerika sendiri hanya dapat melakukannya dalam tahun 90-an maka perjalanan kita di Malaysia, atau dunia Islam seluruhnya masih jauh dan berliku.
Akan tetapi ia mesti dilakukan. Hari ini, Putrajaya mungkin berbangga menyatakan persetubuhan paksa suami isteri bukan rogol.
Namun, kita mesti mensasarkan, paling tidak, sepuluh tahun lagi, kesedaran sudah meningkat dan perubahan akan berlaku.

'Apa Yang Dilalui Abang Zulkifli Adalah Prosedur Biasa'



Assalamualaikum semua. Izinkan saya memberi pandangan untuk menjelaskan apa yang berlaku. Memang kita semua bersimpati dengan abang Zulkifli ini tetapi proses undang-undang itu harus dilalui dahulu oleh abang Zulkifli sebelum keadilan ditegakkan.

Mempertahankan diri dan maruah keluarga sememangnya adalah satu pembelaan bermerit yang dibenarkan di dalam Kanun Keseksaan walaupun ketika mempertahankan diri itu kita menyebabkan kematian orang lain.

Tetapi fakta ini tidak boleh diselesaikan di Facebook. Abang Zulkifli perlu juga menjalani proses tahanan reman, pendakwaan dan perbicaraan sehinggalah Hakim yang membicarakan kes itu kelak memutuskan yang beliau tidak bersalah kerana mempertahankan diri dan keluarga dari rompakan. 

Tempoh masa perbicaraan pula boleh selesai dalam tempoh satu tahun. Disebabkan kes yang dituduh terhadap abang Zulkifli ini adalah kes bunuh, maka peguam yang akan mewakili abang Zulkifli nanti adalah peguam lantikan mahkamah. Ini bermaksud tidak perlu kita nak mengumpul duit untuk mencari peguam untuk membela kerana kerajaan kita memang ada menyediakan peguam percuma jika tertuduh menghadapi kes yang melibatkan hukuman gantung.

Okay, selesai bab abang Zulkifli. Jadi, apa yang akan terjadi pada keluarga beliau sementara beliau melalui proses mahkamah ini?

Maka inilah tanggungjawab warganegara yang prihatin untuk membantu meringankan bebanan keluarganya. Nak kutip derma, kutiplah untuk membantu keluarga abang Zulkifli ini. Tetapi tidak perlulah nak mengkritik sistem kehakiman negara ke apa sebab apa yang dilalui oleh abang Zulkifli ini adalah prosedur biasa.

Memang dia tak salah tetapi sebab membunuh itu tetap satu jenayah maka dia tetap perlu menghadapi Hakim dan melalui proses perbicaraan.

Cuma sebab beliau mempertahankan diri dan keluarga, maka mudahlah peguam yang akan mewakili beliau kelak menimbulkan keraguan yang munasabah atas kes pendakwaan dan seterusnya membebaskan abang Zulkifli. Itu saja yang saya nak cakap sekarang. - Mohd Khairul Bin Abdul Aziz @ Buzze Azam (Peguam). / THEHYPEMEDIA

'Bawa BF Masuk Bilik Sewa Dah Trend Di Bangi'


BANGI - Seorang gadis yang ingin menyewa rumah sewa mendakwa membawa masuk teman lelaki ke dalam rumah menjadi trend yang biasa di Bangi. 

Screenshot yang didedahkan oleh pemilik rumah sewa tersebut mengundang reaksi negatif netizen  di laman Facebook. 

Gadis yang tidak didedahkan identiti itu pada mulanya bertanya sama ada bolehkah dia membawa teman lelakinya ke bilik. Namun, pemiliknya tidak membenarkan dia berbuat demikian. 

Tambahan, gadis itu adalah muslim yang terang-terang bukan mahram. 


"Dah terang lagi bukan mahram, tak boleh tinggal serumah. Timbulnya fitnah dan zina nanti. Kang kena kahwin free haa!" katanya.

"Owh, tadi saya ada tanya rumah lain, boleh saja bawa boyfriend masuk bilik. Benda ini dah trend lah di Bangi," balas gadis itu. 

Bimbang bersuhabat melakukan perkara yang berdosa, pemilik rumah itu terpaksa menolak keinginan gadis itu menyewa rumahnya.

"Tak apalah awak. Saya tak ambil penyewa yang ingin bawa lelaki masuk rumah. Jagalah maruah sebagai perempuan," katanya. - THEHYPEMEDIA

'Haiya, Rokok Haram, Babi Haram Pun Melayu Minum, Apa You Susah?'


Sebagai seorang Hindu, saya sentiasa cuba sedaya upaya memastikan makanan yang disediakan di rumah saya untuk rakan-rakan muslim adalah halal (ya, termasuk peralatan masakan & penyediaan makanan tidak tercemar). Dalam agama saya, adalah berdosa untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang muslim, sama seperti menghidangkan daging kepada golongan bukan pemakan daging haiwan.

Jadi bagi saya, bila fatwa menyatakan bahawa rokok dan vape adalah haram, saya melihat perkara itu sama seperti pengharaman pada dadah, alkohol, daging babi, makanan kotor, daging yang tidak disembelih dan bintang dua alam. 

Apabila muslim merokok atau minum alkohol atau makan babi, saya masih boleh hormat anda sebagai individu yang mempunyai haknya sendiri tetapi saya tidak dapat menghormati anda sebagai seorang muslim.

Setahun yang lalu, saya cuba untuk tapau mee halal untuk rakan muslim di Sungai Long. Saya bertanya pada penjaja terbabit sama ada mee itu tidak mengandungi daging babi, tidak mengandung alkohol dan daging ayam yang digunakan dibeli dari pembekal muslim. 

"Haiya, itu rokok haram dia minum, babi haram sama mah. Apa you susah, Melayu takde kisah punya," kata penjaja Cina tersebut.

Sekarang dengan isu vape, ingatlah bahawa sebagai seorang muslim, anda memberikan contoh kepada yang lain. Golongan bukan muslim yang membaca artikel yang mengatakan vape adalah haram tidak akan menghormati anda bilamana anda menghisap vape. 

Jika anda mahu golongan bukan Islam memastikan makanan yang disediakan kepada anda adalah halal sepenuhnya, tunjukkan kepada bahawa anda benar-benar mementingkan dan menghormati kehalalan pada makanan anda terlebih dahulu. #justmytwocents 

A friend of mine posted this on facebook. Yup, she's a Hindu. - Shafiq Kauzi

Diterjemah untuk siaran di THEHYPEMEDIA

Top