Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Surat terbuka kepada Dato Nurul Hidayah Ahmad Hamidi, Ikon Belia. 

Isu e cigarets merupakan antara isu yang hangat di perbincangkan semasa kini. Dari sudut halal haram produk ini dari pandangan ilmuan islam sehingga kepada kesan jangka panjang penggunaan vape ini masih di dalam proses kajian. 

Hasil kesimpulan beberapa kajian terkini ada menyebut penggunaan vape ini adalah "amat tipis" untuk TIDAK membawa apa apa kesan kepada kesihatan untuk jangka masa panjang. Cuba anda bayangkan, cecair nikotin dengan pelbagai bahan kimia tambahan lain, diserap ke paru paru untuk jangka masa panjang, sudah tentu, sedikit atau banyak, ada kesan yang negatif yang akan memberi kesan kepada tubuh badan suatu hari nanti.

Tahukah anda, kesan buruk merokok kepada manusia hanya di temui setelah berpuluh tahun kajian dilakukan. Kajian terkini juga ada membuktikan vape merupakan "pintu masuk" atau permulaan kepada ketagihan barangan terlarang lain seperti ganja,heroin dan syabu terutamanya kepada golongan remaja. Kajian yang menyatakan e cigaret boleh membantu perokok tegar untuk berhenti merokok merupakan kajian yang telah biayai oleh syarikat tembakau antarabangsa. Cuba fikir fikirkan, mengapa mereka mahu membiayai kajian sedemikian? 

Menurut perangkaan, 1.4% wanita dewasa di Malaysia merupakan perokok berbanding 38% di kalangan lelaki. Jika dahulu, wanita, khususnya wanita melayu amat berselindung dan berhati hati untuk menunjukkan sebagai imej "perokok". Tetapi dengan peningkatan populariti Vape sebagai satu trend terkini dan "cool", kemungkinan lebih lebih ramai wanita akan terjebak dengan aktiviti tidak sihat tersebut. Kini bukan sahaja wanita, malah kanak kanak turut terdedah untuk mencuba dan seterusnya terus di belenggu oleh bahana perangkap Nikotin yang mempunyai fungsi dan kesan ketagihan yang sama seperti dadah yang lain.

Kementerian kesihatan dan pelbagai agensi lain berusaha untuk mengurangkan bilangan perokok di Malaysia dengan mengadakan pelbagai kempen kesedaran seperti kempen "Tak Nak", mewujudkan kawasan zon bebas asap rokok untuk melindungi mangsa asap rokok pasif dan menawarkan rawatan untuk berhenti merokok di klinik berhenti merokok di Semua fasiliti kesihatan di Malaysia. Kini, dengan kehadiran "Vape/ e cigaret ", seluruh warga KKM sewajarnya bersedia, mempersiapkan diri dengan ilmu untuk menjawab pelbagai persoalan dan hujah hujah lantang "vaper" yang bagaikan menegakkan benang yang basah.


Saya menghormati hak kebebasan Dato untuk mengekspresikan pendapat, berkongsi ideologi dan memaparkan gaya hidup di media sosial yang merupakan satu ruang perkongsian terbuka untuk semua masyarakat.

Di atas tanggungjawab sosial yang Dato miliki sebagai "Ikon Belia" saya menyarankan agar Dato dapat menghentikan tabiat pengambilan nikotin menggunakan peralatan elektronik yang digelar " Genius Machine" tersebut serta menghentikan advokasi penggunaan Vape sebagai salah satu gaya hidup yang cool .

Sebagai ikon belia, tindak tanduk Dato mampu memberi impak kepada masyarakat khususnya golongan belia. Sewajarnya, posisi tersebut dimanfaatkan sebaik mungkkn untuk mempromosikan cara hidup sihat. 

Salam sihat tanpa asap rokok. - Firdaavinci Azmi

About Kerja Kosong

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top