Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Sebelum ini beredar di laman sosial sekeping gambar yang sungguh menarik pehatian ramai di mana menunjukkan seorang saudara baru memberi ucapan hari raya beserta gambar bersama ibunya yang beragama Hindu.

Ia bolehlah diangagap sebagai contoh terbaik untuk melambangkan perpaduan kita rakyat Malaysia dan tolenrasi antara agama.

Gambar ini dikongsi oleh saudara Ihsan Sivan Abdullah di halaman Facebooknya miliknya baru-baru ini di mana beliau merupakan seorang India-Muslim yang baru memeluk Islam.

Gambar berkenaan pasti memberi seribu makna kepadanya sedangkan banyak kita dengar kisah saudara baru dibuang keluarga gara-gara memilih agama Islam sebagai panduan hidup dan gambar ini juga menggambarkan kemeriahan raya keluarga ini.


Di dalam ruangan komen, Ihsan melahirkan rasa syukur kerana selepas beliau memeluk agama Islam ibu dan bapanya sering berada dan menyokong tindakannya itu.

“Saya sentiasa doakan beliau (ibu) dapat hidayah, bulan puasa beliau datang rumah dan bantu jaga anak disebabkan wife berniaga bazar ramadan, ini lah kasih sayang seorang ibu tanpa sempadan agama,” ujar Ihsan apa bila ada seorang pengguna Facebook bertanyakan tentang ibunya.

Benarlah kata orang, kasih ibu sepanjang hayat. Walaupun mereka berlainan agama tetapi ikatan kekeluargaan mereka amatlah kuat selain menggambarkan tolenrasi beragama antara mereka.

Reaksi masyarakat sekeliling yang melihat gamabr berkenaan rata-rata mereka teruja dan mendoakan Ihsan dan keluarga sentiasa diberkati dan tidak lupa juga ibunya di mana mereka mendoakn agar ibu Ihsan tersebut diberikan hidayah memeluk Islam

About Kerja Kosong

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top