SUBANG JAYA - Seorang pelajar perempuan mendakwa dia telah dir0gol oleh bapa saudara tiri di flatnya Saujana Puchong, sebulan yang lalu.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahya Ramli berkata, pelajar berusia 19 tahun itu sebelum kejadian berkongsi kereta dengan lelaki terbabit dalam perjalanan jauh dari Kedah ke Kuala Lumpur pada 21 Julai lalu.
"Mangsa tertidur dalam kereta pada jam 3 pagi dan terbangun apabila mendapati lelaki itu sedang mencium dada dan pahanya.
"Mangsa memarahi lelaki itu dan kemudian menyambung kembali tidurnya," katanya.
Lelaki terbabit kemudian membawa mangsa pulang ke rumahnya di flat Saujana Puchong dan memaksa mangsa mengikutnya masuk ke rumah yang terletak di tingkat dua.
"Dia memaksa mangsa baring bersamanya di atas katil secara paksa sebelum menekup mulutnya dengan tangan bagi mengelakkan mangsa menjerit," katanya.
Selepas kejadian itu, mangsa telah dihantar pulang ke rumahnya di Kampung Bersatu, Puchong.
"Mangsa terkejut dengan keputihan yang dialaminya selepas kejadian itu dan menceritakan kejadian itu kepada dua rakannya. Mangsa juga turut mengambil kit ujian kehamilan, namun keputusannya negatif," katanya.
Malangnya, detik hitam itu bukan yang terakhir bagi gadis berkenaan apabila bapa saudara tirinya menghantar mesej melalui WhatsApp pada 28 Julai, meminta bayaran RM500 sebagai upah membaiki keretanya.
Mangsa yang enggan memenuhi permintaan lelaki itu terus menyekat nombornya di WhatsApp.
Pada petang Khamis, mangsa didesak oleh ibunya setelah terbaca mesej perbualan di antara mereka di WhatsApp.
"Dia beritahu ibu kandung dan bapa tirinya apa yang terjadi dan menyebabkan si bapa berang," katanya Yahya.
Bapa tiri mangsa membawa lelaki terbabit ke rumah mereka pada malam itu dan suspek mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu serta cuba melarikan diri namun berjaya dihalang dan dibelasah.
Bagaimanapun, suspek membuat laporan polis terhadap bapa mangsa yang bertindak memukul dan mencederakannya.
Polis kini sedang menyiasat dakwaan gadis berkenaan. - THEHYPEMEDIA.COM