Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Terima Dana Politik Haram, Bekas PM Korea Selatan Dipenjara


SEOUL - Bekas Perdana Menteri wanita pertama Korea Selatan dijatuhkan hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Agung kerana menerima dana politik haram.

Han Myeong Sook, 71, yang berkhidmat setahun saja sebagai Perdana Menteri dari April 2006 sehingga 2007, dituduh menerima 880 juta won (RM3.1 juta) dari  seorang ahli perniagaan bagi membiayai kempen politiknya agar dapat dicalonkan sebagai presiden.

Mahkamah Daerah sebelum itu membebaskan Myeong Sook setelah mendapati keterangan ahli perniagaan itu meragukan.

Bagaimanapun, pada tahun 2013, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada Myeong Sook  dan secara otomatiknya beliau kehilangan kerusi di dalam Dewan Negara.

Myeong Sook menafikan dakwaan menerima dana haram itu dan menuduh kerajaan mempergunakan pendakwar raya negeri untuk menjatuhkannya.

"Saya tidak boleh menerima hakikat itu dan menjadi mangsa 'penindasan politik," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

Petua Panjang Umur, 1,000 Individu Ini Amal Minum Air Kencing Setiap Pagi


CHINA - Dua lelaki warga tua di Bandar Wuhan menjadikan air kencing mereka sebagai minuman pagi setiap hari bagi memanjangkan usia mereka.


Bao Yafu dan Yi Dongshan berkata, mereka mengantikan minuman pagi yang biasa seperti kopi atau teh dengan air kencing yang dianggap sebagai minuman terapi dan meningkatkan kesihatan mereka setiap pagi.

"Sedap, saya mahu minum lagi," kata Yi yang berusia 61 tahun selepas meneguk urinnya sendiri.

Lapor Daily Mail, Bao, 81, Ketua organisasi Persatuan Terapi Air Kencing di Wuhan, telah mengamalkan minuman itu sejak 2010 lagi.

"Bagi saya, rasanya seperti air teh," katanya.

Pada awalnya, kumpulan itu ditubuhkan di Hong Kong pada 2008 dan ibu pejabat pertama mereka di Wuhan dan hanya mempunyai 400 ahli sahaja. Namun pada hari ini, keanggotaan mereka telah mencapai 1,000 ahli.

Jabatan Kesihatan China sebelum ini, tidak menggalakkan amalan itu diteruskan oleh organisasi itu. Namun, mereka emnolak pandangan perubatan yang menganggap amalan minum air kencing itu adalah perbuatan yang jijik serta tidak bermanfaat.

Bagi persatuan itu, mereka percaya amalan minum air kencing setiap pagi akan dapat memanjangkan usia mereka selain dari meningkatkan tahap kesihatan mereka serta mampu menyembuhkan penyakit seperti kanser.

Bao yang telah menjalani terapi ini semenjak 1972 juga memperkenalkan amalan jijik ini kepada keluarganya di Hong Kong. Keluarga Bao juga mengakui amalan yang dilakukan oleh Bao itu menjadikan tahap kesihatan mereka lebih baik dari sebelumnya.

Jelasnya, selepas enam bulan mengamalkan terapi itu, penyakit yang dihidapinya mula hilang. Antara penyakit yang dimaksudkan adalah sembelit dan ulser mulut. Bao juga tidak lagi mengalami keguguran rambut yang menyebabkan dia botak. - THEHYPEMEDIA.COM

Top