Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

'Apa Yang Dilalui Abang Zulkifli Adalah Prosedur Biasa'



Assalamualaikum semua. Izinkan saya memberi pandangan untuk menjelaskan apa yang berlaku. Memang kita semua bersimpati dengan abang Zulkifli ini tetapi proses undang-undang itu harus dilalui dahulu oleh abang Zulkifli sebelum keadilan ditegakkan.

Mempertahankan diri dan maruah keluarga sememangnya adalah satu pembelaan bermerit yang dibenarkan di dalam Kanun Keseksaan walaupun ketika mempertahankan diri itu kita menyebabkan kematian orang lain.

Tetapi fakta ini tidak boleh diselesaikan di Facebook. Abang Zulkifli perlu juga menjalani proses tahanan reman, pendakwaan dan perbicaraan sehinggalah Hakim yang membicarakan kes itu kelak memutuskan yang beliau tidak bersalah kerana mempertahankan diri dan keluarga dari rompakan. 

Tempoh masa perbicaraan pula boleh selesai dalam tempoh satu tahun. Disebabkan kes yang dituduh terhadap abang Zulkifli ini adalah kes bunuh, maka peguam yang akan mewakili abang Zulkifli nanti adalah peguam lantikan mahkamah. Ini bermaksud tidak perlu kita nak mengumpul duit untuk mencari peguam untuk membela kerana kerajaan kita memang ada menyediakan peguam percuma jika tertuduh menghadapi kes yang melibatkan hukuman gantung.

Okay, selesai bab abang Zulkifli. Jadi, apa yang akan terjadi pada keluarga beliau sementara beliau melalui proses mahkamah ini?

Maka inilah tanggungjawab warganegara yang prihatin untuk membantu meringankan bebanan keluarganya. Nak kutip derma, kutiplah untuk membantu keluarga abang Zulkifli ini. Tetapi tidak perlulah nak mengkritik sistem kehakiman negara ke apa sebab apa yang dilalui oleh abang Zulkifli ini adalah prosedur biasa.

Memang dia tak salah tetapi sebab membunuh itu tetap satu jenayah maka dia tetap perlu menghadapi Hakim dan melalui proses perbicaraan.

Cuma sebab beliau mempertahankan diri dan keluarga, maka mudahlah peguam yang akan mewakili beliau kelak menimbulkan keraguan yang munasabah atas kes pendakwaan dan seterusnya membebaskan abang Zulkifli. Itu saja yang saya nak cakap sekarang. - Mohd Khairul Bin Abdul Aziz @ Buzze Azam (Peguam). / THEHYPEMEDIA

'Bawa BF Masuk Bilik Sewa Dah Trend Di Bangi'


BANGI - Seorang gadis yang ingin menyewa rumah sewa mendakwa membawa masuk teman lelaki ke dalam rumah menjadi trend yang biasa di Bangi. 

Screenshot yang didedahkan oleh pemilik rumah sewa tersebut mengundang reaksi negatif netizen  di laman Facebook. 

Gadis yang tidak didedahkan identiti itu pada mulanya bertanya sama ada bolehkah dia membawa teman lelakinya ke bilik. Namun, pemiliknya tidak membenarkan dia berbuat demikian. 

Tambahan, gadis itu adalah muslim yang terang-terang bukan mahram. 


"Dah terang lagi bukan mahram, tak boleh tinggal serumah. Timbulnya fitnah dan zina nanti. Kang kena kahwin free haa!" katanya.

"Owh, tadi saya ada tanya rumah lain, boleh saja bawa boyfriend masuk bilik. Benda ini dah trend lah di Bangi," balas gadis itu. 

Bimbang bersuhabat melakukan perkara yang berdosa, pemilik rumah itu terpaksa menolak keinginan gadis itu menyewa rumahnya.

"Tak apalah awak. Saya tak ambil penyewa yang ingin bawa lelaki masuk rumah. Jagalah maruah sebagai perempuan," katanya. - THEHYPEMEDIA

'Haiya, Rokok Haram, Babi Haram Pun Melayu Minum, Apa You Susah?'


Sebagai seorang Hindu, saya sentiasa cuba sedaya upaya memastikan makanan yang disediakan di rumah saya untuk rakan-rakan muslim adalah halal (ya, termasuk peralatan masakan & penyediaan makanan tidak tercemar). Dalam agama saya, adalah berdosa untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang muslim, sama seperti menghidangkan daging kepada golongan bukan pemakan daging haiwan.

Jadi bagi saya, bila fatwa menyatakan bahawa rokok dan vape adalah haram, saya melihat perkara itu sama seperti pengharaman pada dadah, alkohol, daging babi, makanan kotor, daging yang tidak disembelih dan bintang dua alam. 

Apabila muslim merokok atau minum alkohol atau makan babi, saya masih boleh hormat anda sebagai individu yang mempunyai haknya sendiri tetapi saya tidak dapat menghormati anda sebagai seorang muslim.

Setahun yang lalu, saya cuba untuk tapau mee halal untuk rakan muslim di Sungai Long. Saya bertanya pada penjaja terbabit sama ada mee itu tidak mengandungi daging babi, tidak mengandung alkohol dan daging ayam yang digunakan dibeli dari pembekal muslim. 

"Haiya, itu rokok haram dia minum, babi haram sama mah. Apa you susah, Melayu takde kisah punya," kata penjaja Cina tersebut.

Sekarang dengan isu vape, ingatlah bahawa sebagai seorang muslim, anda memberikan contoh kepada yang lain. Golongan bukan muslim yang membaca artikel yang mengatakan vape adalah haram tidak akan menghormati anda bilamana anda menghisap vape. 

Jika anda mahu golongan bukan Islam memastikan makanan yang disediakan kepada anda adalah halal sepenuhnya, tunjukkan kepada bahawa anda benar-benar mementingkan dan menghormati kehalalan pada makanan anda terlebih dahulu. #justmytwocents 

A friend of mine posted this on facebook. Yup, she's a Hindu. - Shafiq Kauzi

Diterjemah untuk siaran di THEHYPEMEDIA

Jerebu: 'Yelaa! Cikgu Je Ada Hidung, Ada Paru-Paru'


Korang kata "Cikgu mengada-ngada"

Cuti banyak pun mengada-ngada lagi. Tapi pernah kau tahu saat anak-anak kau cuti sekolah, cikgu-cikgu itu pergi sekolah macam biasa dan selesaikan segala-gala kerja, report, result anak kau?

Korang kata "Cikgu kerja senang"

Tapi pernah kau tahu cikgu punch card je 7.30 pagi terus langsung tak berhenti. Habis mengajar di blok A, tergesa-gesa pergi ke blok C. Anak kau tunggu saja dalam kelas goyang kaki. Saat kerja-kerja dalam kelas pun tak menang tangan. Kementerian bagi pula kerja-kerja pejabat. Kau pernah tanya?

Kata korang, "Apa susahnya layan budak-budak je pun"

Kau pernah tanya saat kau kerja dalam office berhawa dingin sambil ada masa main Facebook. Cikgu-cikgu itu tengah panas dengan budak-budak buat line padang. Kau ada saat budak-budak kita bergaduh sampai baling-baling kerusi dan koyak-koyak tudung? Berapa tahun kau kerja office, berapa kali kereta kau kena calar? Berapa kali tayar kau kena pancit?

Korang kata, "Sabtu Ahad pun cuti. Mengada-ngada"

Kau datanglah sekolah pada hari Sabtu Ahad dan kau tengok sendiri. Kalau kau kerja Sabtu, claim OT. Kerja Ahad, OT triple. Cikgu Sabtu Ahad? Nothing. Dia bising ke kau dapat OT?

Korang kata "Cikgu balik pukul 2 petang"

Kau hidup zaman bila ni? Kau datanglah jam 6 petang pun kereta mereka masih berada di sekolah dan seperti biasa, itu bukan OT. Kau kerja pejabat, jurutera, doktor. Satu hari kalau bos kau suruh kau masak. Kau rasa kau akan buat? Come'on. Jurutera kot? Tapi kau pergi sekolah, cikgu itulah yang mengajar kau menjadi dewasa dan cikgu yang sama itu juga menjadi budak-budak untuk membuatkan anak-anak kau tergelak. Cikgu yang kaki bangku itulah yang mengusung anak kau serata daerah lawan bola. Cikgu yang mengada-ngada lebih itulah kejap baju kemeja, kejap baju pengakap, kejap baju PJ lambat sekolah. Kau ada tanya perasaan dia?

Hari ini disebabkan jerebu, kau kata cikgu ini hina. Kerana rezeki dia cuti dan kau tak ada. Kenapa hati kau busuk sangat? Saat anak-anak kau ada masalah, dia cari cikgu dia. Dia tak cara kau dan kau masih nak kata cikgu hina? Terima kasih rakyat Malaysian. Seriously thanks! - Datok Harith


Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA

Vape Terbakar Dalam Pesawat Malindo Air (3 Gambar)


PUTRAJAYA - Bateri rokok elektronik atau vape milik seorang penumpang terbakar secara tiba-tiba di dalam pesawat Malindo Air ketika penerbangan ke KLIA 2 dari Kota Kinabalu.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.45 petang semalam, penumpang dan kru pesawat dikejutkan dengan kejadian yang tidak disangkakan itu namun keadaan berjaya di kawal.

Kebakaran kecil itu berlaku semasa pemilik vape itu sedang leka menonton tayangan video di di paparan skrin tempat duduknya. Vape yang diletakkan dalam begnya di atas pehanya tiba-tiba terbakar menyebabkan mangsa mengalami kecederaan ringan di peha dan lengan kiri.



Bagaimanapun, mangsa telah diberikan rawatan segera oleh seorang penumpang (doktor) yang kebetulan menaiki penerbangan yang sama.

Tindakan pantas kru pesawat berjaya mengawal kebakaran dan pesawat Boeing 737-800 itu selamat mendarat di KLIA pada jam 8.44 malam.

Sejurus mendarat di KLIA2, mangsa membuat laporan polis. Sehingga ke saat ini, Malindo Air belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kejadian itu.

Di media sosial, netizen pula mencadangkan agar vape diharamkan dibawa ke dalam pesawat kerana bimbang dengan keselamatan para penumpang yang lain. - THEHYPEMEDIA

'Kenapa Lelaki Boleh, Kami Tak Boleh Pula?' - Gadis Vape


SHAH ALAM - Wanita yang mempunyai minat terhadap vape dan memuat naik gambar mereka sedang vaping di media sosial seringkali dikecam oleh netizen yang menganggap perbuatan itu tidak molek. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan wanita beragama Islam.

Memetik temubual wartawan The Malaysian Insider dengan beberapa pengguna Vape di Festival Vape Shah Alam di Shah Alam Convention Centre (SACC) semalam, menegaskan menghisap vape bukanlah sesuatu yang salah.

"Perempuan dengan lelaki sama saja. Kalau untuk perempuan tak elok kenapa lelaki elok pula? Kami bukan buat jenayah," kata Natasha Elina, 23, yang kesal tanggapan masyarakat yang tidak adil terhadap mereka.

"Saya dulu hisap shisha dan kini beralih ke vape. Tetapi kalau di tempat yang ada ramai orang tua, kalau boleh janganlah hisap," katanya yang bekerja sebagai pembantu peribadi.

Bagi Farah Hana Syazwani, 21, pula berpendapat, tiada salahnya jika perempuan minat dan menghisap rokok elektronik itu.

"Itu terpulang pada individu. Kalau perempuan bertudung hisap rokok, lagilah nampak teruk. Baik hisap vape," katanya sambil tersenyum. 

Dua gadis yang temui pula mengaku apabila mereka beralih ke rokok elektronik, ia banyak membantu mereka untuk berhenti dari merokok.

"Saya nak berhenti merokok dan saya suka dengan banyak perisa vape. Sehingga sekarang saya hanya hisap vape, tiada lagi melayan rokok tembakau. Lagipun kesan hisap rokok lebih teruk dari vape. Jadi apa masalahnya kan," ujar Tasha, 20, jurujual sambilan di festival tersebut.

"saya tak ketagih vape pun. Saya dah lama menghisap rokok, jadi sekarang baru nak belajar hisap vape. Kalau ada vape, saya kurang hisap rokok," kata Umi Kalsom, 21, pelajar kolej swasta.

Rata-rata wanita yang menghisap vape menyatakan rokok elektronik itu memberikan kepuasan kepada mereka dengan pelbagai perisa selain dari bau yang harum. Dari segi kos pula, mereka berpendapat ia lebih menjimatkan kerana ada model vape yang mampu milik dan kos penyelenggaraannya rendah. - THEHYPEMEDIA


Harga Kad Topup Kembali Pada Caj Asal 1 November Ini


KUALA LUMPUR - Harga kad tambah nilai prabayar telefon akan kembali pada caj asal seperti sebelum perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 November ini, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, JKDM telah berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar pengguna tidak dikenakan bayaran tambahan apabila membeli kad tambah nilai.

Jelasnya, Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat telekomunikasi yang gagal melaksanakan langkah itu dan bersedia mengambil tindakan tegas jika mereka masih keras kepala.

"Macam mana Telco mahu caj, mereka kena fikirkan cara itu. Apa yang penting, rakyat beli RM10 dapat RM10. Kita mahu JKDM buat susulan dengan SKMM dan buat pengumuman pada 1 November ini," katanya.

Kerajaan tidak dapat menerima alasan dari pihak telco seperti sebelum itu bahawa sistem komputer mereka masih belum bersedia, kerana tempoh yang lama telah diberikan kepada mereka.

"Jika pihak telco masih memberikan alasan yang sama, arahan ini tetap perlu dipatuhi iaitu mengekalkan harga kad tambah nilai seperti asal. Sebab, secara logiknya jika pihak telco belum bersedia, mengapa pengguna pula yang kena menanggung kos tambahan?." jelasnya.

Pada awal Mei yang lalu, telco telah menawarkan dua pilihan yang tidak menguntungkan rakyat iaitu bersetuju menjual kad tambah nilai prabayar pada harga RM10.60 tetapi apabila diaktifkan, pengguna akan menerima nilai RM10. Pilihan kedua pula, pembelian pada harga RM10 dan apabila diaktifkan, pengguna hanya akan menerima 9.45.

Bagaimanapun, netizen enggan menaruh harapan yang tinggi pada kenyataan Johari ini berikutan sudah jemu dipermainkan oleh kerajaan.

"Kejap tarik, kejap serap, kejap pengguna tanggung semula. Sekarang keluar kenyataan harga topup akan dikembalikan pada caj asal. Dah hampir 6 bulan syarikat telco mengaut keuntungan 6% GST dari pengguna, baru sekarang nak ambil tindakan? Sadis!" kata Razman. - THEHYPEMEDIA

Top